5 Mac - Majlis Korban Perdana adalah usaha kerajaan negeri Terengganu untuk merapatkan masyarakat Terengganu khususnya umat Islam kepada perpaduan. Program ini adalah
program kerajaan tidak melibatkan parti. Usaha untuk ke arah perpaduan Melayu khasnya perpaduan Islam mesti dicerna.

Walau bagaimanapun kadang kala usaha ini tidak dapat dilaksanakan kerana menghadapi masalah-masalah tertentu. Tapi media kerajaan sekali lagi begitu rakus melaporkan berita-berita
palsu untuk mengeruhkan suasana aman dan damai di Terengganu. Mereka memutar belitkan maklumat tanpa rasa segan silu. Etika kewartawanan dibelakangkan demi untuk memenuhi cita-cita
politik kotor 'bos' mereka. Akhirnya usaha kerajaan dilihat seolah-olah usaha PAS. Mereka buta untuk membezakan antara usaha kerajaan dengan usaha parti, akibat terlalu taksud
dengan idea kewartawanan yang 'bacul'.

Ikutilah temubual ringkas penjelasan daripada Exco Perlancungan, Belia dan Sukan Negeri Terengganu, YB Ust Wan Hassan Mohd Ramli.
